Monday, July 6, 2009
Kenali keikhlasan si dia
PERNAHKAH anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberinya peluang kedua.Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan. Bagaimana menilai keikhlasan Si Dia?


Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.

Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.

Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.

Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.

Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan 'aku CINTA padamu' tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.

Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.

Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.

Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.

Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!

Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.
posted by tam @ 7:53 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission