Wednesday, January 21, 2009
gudluck tam - erti sebenar ( 1 )
Permulaan sebuah cinta adalah dengan menjadikan cinta itu hadir dengan sendiri melalui hati bukan atas dasar paksaan dari hati yang ingin bercinta...cinta adalah tindak balas yang muncul dari dalam diri...kegembiraan seseorang bukan semata mata atas sesuatu yang terbaik berjaya di lakukan tapi kerna sesuatu yang datang itu kita lakukan mengikut kehendak rasa hati...kawan yang terbaik adalah bukan datang untuk bercakap kemudian berlalu pergi tapi sebaliknya sentiasa dekat dengan kita seolah olah kita merasa kawan itu sentiasa dekat di hati walaupun tiada di depan mata..dan kita sentiasa merasakan iteraksi dengan kawan itu adalah suatu hal yang indah sekali dan terbaik yang berlaku pada kita..

jangan memandang paras rupa kerna rupa dapat menipu kita...pilih seseorang yang dapat buat kita tersenyum...kerna senyuman itu seumpama cahaya yang menerangi kegelapan...seorang yang dapat mengembirakan kita dikala kita sedang menangis sedang terluka..orang seperti inilah yang tahu erti menghargai dan memahami kita...yang dinamakan cinta bilamana kita merasa rindu rasa derita bila orang yang kita sayangi itu jauh dimata...cinta akan hadir pada siapa yang yang sentiasa meletakan harapan walaupun diri pernah dikecewakan..masih terus percaya walaupun dikianati dan dilukai..apa yang berlaku ini mungkin kerna tuhan ingin temukan kita dengan orang-orang yang salah beberapa kali..sebelum kita berjumpa dengan insan yang betul-betul dijodohkan untuk kita..kita seharusnya besyukur dengan apa yang kita perolehi selama ini..

rasa kecewa dan sedih akan kita rasa jika cinta yang kita berikan pada dia tidak di balas seperti yang kita harapkan..tapi lebih menyedihkan jika kita tidak pernah langsung mencuba untuk meluahkan rasa cinta ini pada insan yang kita cintai itu..masa depan yang lebih baik bermula dengan melupakan kenangan silam..kita takkan dapat berubah untuk jadi lebih bagus dalam hidup dan takkan rasa gembira dan tenang jika kita memeningkan fikiran untuk terus meletakan hal yang silam itu dalam hati dan fikiran..lepaskan kenangan silam itu pergi..motivasikan diri ini untuk berubah dan belajar mengatasi kelemahan diri..
posted by tam @ 3:38 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission