Sunday, March 15, 2009
Andai Perempuan Tahu & Mengerti.....

Lelaki juga boleh
menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)
Jika
seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan
budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang
mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh
itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang
dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka
suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata
di tepi pantai atau swimming pool.
Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan
dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
Lelaki cuba meniru
gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

Bila lelaki cakap.."Emm. .tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia
berkata tidak atau kurang setuju.
Bila lelaki cakap direct to the point
dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan
mengharapkan wanita memahami maksudnya

Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut
nama lelaki lain.
Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari
library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap
perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang2
lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan
perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
Betapa hebatnya
lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya
ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..

Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari… maafkan saja.
Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu
indah!
Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa
bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
Bila
seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana
tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
Adalah memalukan
bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
Kebanyakan lelaki cukup lemah
dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari
perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan
luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki!
Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!


(O_O)

posted by tam @ 4:20 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission