Thursday, March 19, 2009
Kereta paling murah di dunia

Kereta paling murah di dunia: RM7370.00 sebuah dilancarkan

18 Mar 2009 12:42PM

MUMBAI: Kereta paling murah di dunia, Tata Nano, akan dilancarkan minggu depan.

Kereta jenis sukan berbentuk kacang itu menarik perhatian dunia kerana harganya yang murah, hanya 100,000 rupee (RM7370.00) bagi model asas. Harganya lebih murah daripada sesetengah komputer riba.

Para penaja berharap kemunculan kereta itu di tengah-tengah krisis ekonomi dunia tidak akan melemahkan minat para pembeli.

Besar kemungkinan hanya 30,000 hingga 50,000 kereta Nano akan terjual pada tahun pertama disebabkan keupayaan pengeluaran yang terhad, kata pakar-pakar industri kereta.

Kereta ini akan dilancarkan Isnin ini dan akan dipamerkan di kedai-kedai kereta mulai April.

Nano kini dikeluarkan oleh dua loji pembuatan dalam 'operasi sementara' kata pengarah kumpulan Tata, Encik Ratan Tata.

kereta paling murah @ isu hangat
Lebih murah dari sesetengah komputer riba

Sumber: klpos
posted by tam @ 8:15 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission