Sunday, March 15, 2009
Bagaimana Cara Makan , Begitulah Cintanya

"" Ish! Pelahapnya dia makan! ‘Cancel’ nak buat pak we!! Tengoklah tu makanan tepi bibir pun tak dilapnya. Eiii….teruknya. "


Perhatikan

gaya teman kamu
makan! Masing-masing ada gaya yang tersendiri. Ada yang makan penuh
kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun
ada! Ha…jangan tak tahu. Gaya makan si dia di meja makan juga ada
memberikan gambaran sikap sebenar si dia. Apa kata kita selidik.
Perhatikanlah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia
terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.



Makan dengan tenang :

-Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu
buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih
‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun
disebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang
tegas dalam! membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu
tetap satu di hatinya! Cewah!


Asyik belek makanan :

-Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah
makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti.
Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi
pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam
tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius
dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!


Serius ketika makan :

-Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat
sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna
kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya
asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan.
Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap
kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya.
Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas
ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!


Makan sambil borak :

-Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun
tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak
tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar
berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk
memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia
marah. ‘Angin satu badan’lah pulak!


Makan sambil kerap tengok jam :

-Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih pangjang dan
tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukan dia ada
date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu
semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa.
Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti ‘on time’ dia sampai. Sebab tu
dia tak suka seseorang yang lembap.


Makan sambil merungut :

- Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah,macam kat
cafe…..,kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit
juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka
berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan
walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia
menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma
awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling
jejaka/gadis kat cafe atau di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci
mata. Nahas u all nanti!


(O_O)

posted by tam @ 4:30 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission