Saturday, March 7, 2009
khiri dan cintanya
semakin jauh fikiran ku melayang....mood aku hilang untuk melihat filem yang ditayangkan....jiwa ku rasa serba tak kena.....perasaan cemburu aku membuak-buak...masih terbayang safina bersama dengan budak yang bernama akmal itu...kenapa bukan aku lelaki yang bersama safina itu..ahhhhhh....jiwa ku menjerit...ku rasa nak keluar saja dari panggung wayang ini...namun cepat ku tersedar...ku bersama kawan-kawan baik aku..takkan aku nak ajak diorang keluar macam tu saja...walhal tayangan baru bermula...ku harus jaga perasaan mereka ....kerna mereka lah teman dikala suka dan duka....

khiri....pelan ku mendengar nama ku dipanggil...adam rupanya...kau masih fikirkan hal safina tadi ekk...tanya adam....adam seperti dapat membaca fikiran aku....yup..lemah jer aku menjawab....cuba tenangkan hati dan fikiran kau tu...adam memberi nasihat....aku fikir safina itu belum ada apa-apa hubungan lagi dengan akmal...jangan lah kau bimbang...aku faham perasaan kau khiri....jika kau kusutkan fikirkan kau..kau yang merana...cuba siasat dulu hal safina ini....jangan di buat andaian yang bukan-bukan..mungkin apa yang kita lihat tadi itu...apa yang kita fikir...sebenarnya jadi sebaliknya...yang penting cari kebenaranya...panjang lebar adam berkata-kata pada aku....

hrmmm aku tak fikir yang bukan-bukan...dan aku memcuba untuk berbaik sangka..namun ku tewas dengan hati ku ni adam....banyak-banyak beristiqfar khiri..insyaAllah hati kau akan jadi tenang kembali...aku berjanji aku akan siasat hal ini..kau jangan risau lagi ekk...kau tau muka kau jadi hodoh aku lihat bila kau dalam keadaan rungsing hehehe...adam ketawa kecil....siot laa kau adam..sempat lagi kutuk aku...ala saja aku cakap macam tu..aku nak kau ceria kembali...rugi lah tengok wayang tapi hati tengah sedih...kata adam pada ku..yela yela..aku dah ok....apa-apa pun aku nak kau tunaikan janji kau tu untuk siasat hal safina...

aku berjanji...pernahkah aku mungkiri janji dengan kau khiri...huhu...adam senyum pada ku...dalam hati ku..betul juga..selama ku mengenali dan berkawan dengan adam..dia memang seorang yang baik..bila berjanji tak pernah dia memungkirinya..kerna ini lah buat aku hormat pada adam...ya Allah ku harap persahabatan aku dengan adam kekal sehingga ke akhir hayat..juga persahabatan aku dengan dino,zul dan hafis ini...semoga kami berlima berjaya menamatkan pengajian dengan berjaya...amin...

Assalamualaikum abah....ummi...safiya bersalam dengan abah dan umminya....apa khabar pak cik dan mak cik..akmal bersalam dengan ayah safina....alhamdulillah pak cik dengan mak cik baik-baik saja...kamu apa khabar akmal? macam mana belajar?....saya baik saja...belajar kadang-kadang ok..kadang-kadang tak ok..akmal menjawab...mana bolah macam tu..kena usaha lebih rajin..kalau ada masalah kena rajin tanya pensyarah kamu...hehe baiklah pak cik..sudah-sudah lah tu abahnya..dengan akmal pun kamu nak beri motivasi..tahu lah budak tu atasi pasal pelajarannya...it's ok mak cik..mal pun suka dengar motivasi dari pak cik....bolah tingkatkan lagi keazaman mal ni...kamu kalau ada masalah..cakap jer dengan pak cik...insyaAllah pak cik boleh beri nasihat dan idea-idea yang bagus untuk kamu...pak cik ibrahim berkata pada akmal...terima kasih pak cik...akmal berkata pada pak cik ibrahim...

ummi kakak safina tak balik minggu ni...safiya bertanya pada ibunya...tak..kakak kamu beritahu minggu ni sibuk dengan projek kelas lagi satu kakak safina kamu ada banyak assignment nak disiapkan...dia cakap kalau sempat dia akan balik...lembut ibu safiya menjawab....
safina dan safiya pasangan kembar seiras..hanya safina dan safiya ini sajalah penyeri rumah tangga sarah dan suaminya ibrahim...

safina si kakak dan safiya si adik...tiba-tiba siibu terkenangkan safina bila melihat safiya...dah hampir sebulan tak berjumpa dengan anak sulungnya itu..walaupun tempat belajar safina itu cuma 45 minit perjalanan..tapi jarang anaknya itu dapat pulang kerna komitmen dengan aktiviti kelab dan kelas...ummi apa kata petang ni kita melawat kakak safina..safiya rindu lah pada kakak...safiya memberi cadangan...cuba kamu tanya pada abah kamu...ummi rasa abah kamu mesti hendak melawat kakak kamu tu...bolehlah ummi masak makanan kegemaran kakak kamu.....bolehlah safiya tolong ummi memasak..kata safiya pada ibunya....

sambung...
posted by tam @ 12:56 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission