Wednesday, July 8, 2009 |
Tip menjadi terkenal dikalangan Teman |
Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakananda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan:
Aktif dengan pelbagai aktiviti Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai.
Menjadi seorang yang peramah Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja.
Pendengar yang baik Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu.
Jadilah diri kamu sendiri Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya.
Hindari tekanan Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya.
Peranan mata Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya. |
posted by tam @ 2:55 AM |
|
|
|
|