Friday, April 16, 2010
sebuah kisah tentang kita
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia
tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil
masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk
mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah
ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan
kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk
melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam
kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada
mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari
dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan
orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita
akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk
bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk
kita.
posted by tam @ 8:43 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission