Monday, April 26, 2010
Berhati hati...

Kuala Lumpur
23 April, 2010

Kita telah lama 'disajikan' dengan sms yang mengatakan memenangi peraduan seperti Power Root atau Petronas dan macam-macam lagi.

Begitu juga email scam/spam yang mengatakan kita memenangi loteri dengan jumlah yang begitu besar atau meminta anda update butiran akau anda

Nombor-nombor yang terpapar pada telefon bimbit anda biasanya adalah nombor yang originnya dari Sabah.

Dan tidak kurang juga nombor yang panjang sehingga 12 digit , di mana, nombor itu ialah dari Indonesia atau lebih tepat lagi kebanyakannya origin dari Jogjakarta.

Malah, tidak kurang yang mempercayainya dan akhirnya tertipu, ada sehingga puluhan ribu ringgit.

Terbaru, seorang wanita menemui satu kesan calar/torehan pada badan keretanya.

Yang pasti ianya bukan kemalangan, tetapi perbuatan yang sengaja dilakukan.

Ah...bagi anda, mungkin ia kerja budak budak nakal atau mungkin ada yang dengki atau sakit hati pada anda, jadi kereta anda jadi sasaran.

Ia tidak berakhir di situ, apabila ia kemudian menemui secebis kertas diletakkan pada cermin keretanya.

SMS YOUR A/C BANK TO +966547305887.
FOR CAR DAMAGE

Kepada kebanyakan orang, tidakkah ianya sesuatu yang amat baik apabila kereta anda dicalarkan, kemudian anda ditawarkan pula untuk gantirugi...!!!

Ingat, kereta anda bukan dilanggar, tetapi dicalarkan.

Modus operandi penjenayah ini dipercayai begini:

1- Mereka akan memerhatikan mangsa mereka, mungkin beberapa hari untuk mengenalpastinya, kebiasannya mangsa ialah wanita.

2. Atau mungkin mereka melakukan secara rambang, dan meninggalkan nota itu pada kereta mangsa.

3. Mereka biasanya melakukan secara 'try-luck', sama seperti dilakukan pada SMS secara rambang yang antara yang terkena ialah telefon bimbit anda.

4. Jika nasib mereka baik, mangsa akan melakukan seperti arahan pada kertas itu.

5. Mereka lebih banyak menggunakan pendekatan psikologi sehingga akhirnya mangsa akan berbalas sms dengan penjenayah yang finalnya, mangsa mungkin akan mendedahkan banyak butiran seperti nombor PIN akaun anda.

6. Setelah butiran diperolehi, maka mereka akan menggunakan komputer untuk 'hack' akaun anda dan memindahkan semua wang ke akaun mereka, atau juga menggunakan ATM kad klon.

7. Setelah wang dipindahkan/diambil, mereka tidak tunggu lama, biasanya akan tutup terus akaun mereka supaya tidak dapat lagi dikesan.

8. Walaupun mereka menggunakan nombor luar negara, sebenarnya mereka berada di Malaysia,(roaming) bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan mereka melalui nombor tertera itu.

Oleh itu, berhati-hatilah.

Semakin banyak idea mereka , semakin ramai yang akan menjadi mangsa...
posted by tam @ 1:51 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission