Pernahkah anda melihat siang dan malam pada masa yang sama?? Foto ini benar-benar indah. Pastikan untuk membaca teks di bawah ini untuk memiliki pemahaman yang lebih baik dari apa yang sedang anda lihat. Hal ini juga bersejarah kerana ini adalah misi terakhir untuk columbia ..
Foto di atas diambil oleh crew Columbia saat misi terakhir, pada hari mendung. Gambar ini dari Eropah dan Afrika ketika matahari terbenam. Setengah dari gambar tersebut sudah menjadi malam.Titik-titik terang yang anda lihat dalam kawasan gelap adalah lampu-lampu bandar '.
Bahagian atas Afrika adalah Gurun Sahara. Perhatikan bahawa cahaya itu sudah berada di Belanda, Paris, dan Barcelona, dan keadaan sama masih siang hari di Dublin, London, Lisbon dan Madrid.
Matahari masih bersinar di Selat Gibraltar. Laut Mediterranean sudah dalam kegelapan.
Di tengah-tengah Lautan Atlantik anda boleh melihat Kepulauan Azores. Di bawah mereka ke kanan adalah Kepulauan Madeira, sedikit di bawah ini adalah Kepulauan Canary dan selanjutnya Selatan, berhampiran dengan titik terjauh barat Afrika, adalah Cape Verde Islands.
Perhatikan bahawa Sahara sangat besar dan dapat dilihat dengan jelas, baik pada siang hari dan waktu malam. Ke kiri, di atas adalah Greenland, benar-benar beku.
Kita telah lama 'disajikan' dengan sms yang mengatakan memenangi peraduan seperti Power Root atau Petronas dan macam-macam lagi.
Begitu juga email scam/spam yang mengatakan kita memenangi loteri dengan jumlah yang begitu besar atau meminta anda update butiran akau anda
Nombor-nombor yang terpapar pada telefon bimbit anda biasanya adalah nombor yang originnya dari Sabah.
Dan tidak kurang juga nombor yang panjang sehingga 12 digit , di mana, nombor itu ialah dari Indonesia atau lebih tepat lagi kebanyakannya origin dari Jogjakarta.
Malah, tidak kurang yang mempercayainya dan akhirnya tertipu, ada sehingga puluhan ribu ringgit.
Terbaru, seorang wanita menemui satu kesan calar/torehan pada badan keretanya.
Yang pasti ianya bukan kemalangan, tetapi perbuatan yang sengaja dilakukan.
Ah...bagi anda, mungkin ia kerja budak budak nakal atau mungkin ada yang dengki atau sakit hati pada anda, jadi kereta anda jadi sasaran.
Ia tidak berakhir di situ, apabila ia kemudian menemui secebis kertas diletakkan pada cermin keretanya.
SMS YOUR A/C BANK TO +966547305887.
FOR CAR DAMAGE
Kepada kebanyakan orang, tidakkah ianya sesuatu yang amat baik apabila kereta anda dicalarkan, kemudian anda ditawarkan pula untuk gantirugi...!!!
Ingat, kereta anda bukan dilanggar, tetapi dicalarkan.
Modus operandi penjenayah ini dipercayai begini:
1- Mereka akan memerhatikan mangsa mereka, mungkin beberapa hari untuk mengenalpastinya, kebiasannya mangsa ialah wanita.
2. Atau mungkin mereka melakukan secara rambang, dan meninggalkan nota itu pada kereta mangsa.
3. Mereka biasanya melakukan secara 'try-luck', sama seperti dilakukan pada SMS secara rambang yang antara yang terkena ialah telefon bimbit anda.
4. Jika nasib mereka baik, mangsa akan melakukan seperti arahan pada kertas itu.
5. Mereka lebih banyak menggunakan pendekatan psikologi sehingga akhirnya mangsa akan berbalas sms dengan penjenayah yang finalnya, mangsa mungkin akan mendedahkan banyak butiran seperti nombor PIN akaun anda.
6. Setelah butiran diperolehi, maka mereka akan menggunakan komputer untuk 'hack' akaun anda dan memindahkan semua wang ke akaun mereka, atau juga menggunakan ATM kad klon.
7. Setelah wang dipindahkan/diambil, mereka tidak tunggu lama, biasanya akan tutup terus akaun mereka supaya tidak dapat lagi dikesan.
8. Walaupun mereka menggunakan nombor luar negara, sebenarnya mereka berada di Malaysia,(roaming) bagi menyukarkan pihak berkuasa mengesan mereka melalui nombor tertera itu.
Oleh itu, berhati-hatilah.
Semakin banyak idea mereka , semakin ramai yang akan menjadi mangsa...
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA WARNA: MERAH kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA WARNA: BIRU Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenangdan kurangkan rasa tegang
ELAKKAN INSOMNIA WARNA: MERAH JAMBU Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik… ..!
CERIAKAN MOOD ANDA WARNA: JINGGA Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN WARNA: HIJAU Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.
Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan.. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang-kadang seperti angka satu dengan warna kuning kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.
Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya. Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu- tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya. Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura-pura tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan. Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.
Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.
Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.
Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.
Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana utk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya.
ADAT dalam perkahwinan berbaik, bergaduh dan kemudian, bermesra semula. Siapa yang inginkan pergaduhan berpanjangan namun kebiasaannya, berlaku sebaliknya. Perdamaian bersifat sementara, esok lusa bertengkar lagi. Sama ada sedang bercinta mahupun sudah mendirikan rumah tangga, pergaduhan sukar dielakkan kerana mungkin pasangan tidak mengetahui teknik tepat untuk berdamai.
Panduan berikut mungkin boleh dimanfaatkan supaya mengelak daripada pergaduhan berterusan. Antaranya:
Jangan merajuk Sejak masih kanak-kanak, perempuan pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka inginkan. Ramai juga isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan memaksa suami mengalah. Merajuk tidak menyelesaikan masalah, malah ia boleh memburukkan lagi masalah sedia ada. Walaupun dengan cara merajuk, isteri boleh mendorong suami mengalah, strategi itu tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah, perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah apabila mereka hendak berdamai. Oleh itu, apabila si dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan diri sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum isterinya sendiri.
Jangan menghukum Pergaduhan, pertengkaran dan konflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua pihak. Masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak satu lagi. Lelaki dan wanita mempunyai cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki lazimnya cenderung 'menarik diri' dan tidak mahu lagi bercakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah.
Jangan berdusta Jika pasangan menunjukkan sikap mahu berdamai dan anda sendiri mahu berdamai, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka anda betul-betul tidak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong untuk melupakan usaha berdamai.
Jangan mencari salah Jika mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Ia termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati pihak satu lagi. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.
Hentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Jika mahu berdamai, hentikan bahasa itu termasuk sindiran dan penghinaan. Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan.
Berbicara mengenai hari ini dan esok Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan mengenai hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang melainkan untuk tidak mengulangi lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara yang menyebabkan konflik.
Senyum semula Menerusi pelbagai kajian, antara perkara yang banyak disebut lelaki mengenai bekas isteri mereka ialah isteri mereka tidak senyum. Jadi, senyumlah walaupun susah kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.
Mulakan berdamai Selepas konflik yang berlaku itu berlarutan, kedua-duanya mungkin mahu berdamai, tetapi takut risiko untuk memulakannya. Jika benar inginkan perdamaian, ambil langkah untuk berdamai. Jangan tunggu sampai pihak satu lagi yang memulakannya.
Setelah sekian lama memutuskan hubungan, perasaan cinta terhadapnya menjadi semakin tidak keruan dan kamu menginginkannya kembali. Apakah yang harus dilakukan?
Saat memutuskan untuk berpisah, kamu yakin bahawa segalanya sudah berakhir dan hubungan itu hanyalah tinggal kenangan, Hubungan yang dijalinkan selama lebih dua tahun, yang akan diakhiri dengan ikatan tali pertunangan, tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan. Hati siapa tidak hancur diperlakukan begitu.
Putus cinta adalah pengalaman yang amat pahit untuk dilalui setiap insan. Terutama apabila putus dengan alasan yang kurang kukuh atau disebabkan reaksi emosional diri sendiri. Jadi apa yang harus dilakukan? Biarpun kata putus sudahpun terucap, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menenangkan fikiran.
Setelah kamu berjaya melawan kata hati, duduk dan fikirlah tentang perhubungan yang amat bererti untuk dipertahankan. Jujur dikatakan, sekiranya kamu berjaya melalui setiap saat tanpa si dia di sisi, kenapa pula perlu memikirkannya kembali. Tetapi, sekiranya ternyata penyebab utama adalah rintangan yang biasa dihadapi, mungkin kamu patut memperjuangkan perhubungan itu.
Bersikap tenang
Masalah besar yang melanda seorang lelaki adalah sikap egoisnya. Jika si dia mendengar khabar berita yang kamu begitu sedih akan ketiadaannya di sisi sehingga tidak dapat memberhentikan air mata, dia bukannya akan berasa bersalah, malah lebih berasa bangga.Jadi, jangan berikan si dia kepuasan itu. Tunjukkan kepadanya bahawa dia bukanlah satu-satunya lelaki di dunia ini yang dapat membuatkan hidup kamu ceria.Buktikan bahawa kamu mampu berfungsi secara normal tanpa dia di sisi. Keluarlah menikmati udara segar di luar rumah bersama rakan-rakan baikmu.
Berfikir sebelum bertindak
Usaha ini lebih berat sekiranya kamu berada di pihak yang memberikan kata putus. Beri masa untuk kamu berdua berfikir seberapa banyak yang mungkin, sebelum memutuskan hubungan. Biarkan si dia berasa yakin bahawa kamu mempunyai pendirian yang kuat ketika memutuskan hubungan dan bukannya disebabkan emosi terakhir. Biarkan si dia menyedari kesalahannya yang dahulu. Sekiranya dia benar-benar mencintai kamu, dia akan berusaha untuk berubah.
Jangan mengemis simpati
Jangan pula merayu agar si dia kembali semula kepangkuan kamu. Ingat, jangan memalukan diri sendiri di depan si dia dek kerana keinginan cinta terhadapnya. Ini akan membuatkan semua orang tahu perkara tersebut. Bersikap tenang dan sekiranya kamu memang mempunyai jodoh, pasti si dia akan kembali semula kepangkuanmu. Memang apa yang dipinta tidak akan berlaku secara mendadak. Beri si dia ruang dan waktu, jangan memaksa si dia membuat keputusan. Sekiranya kamu mula merasa putus asa atau sedih akan kehilangannya, cuba sampaikan menerusi doa.
Beri perhatian
Inginkan dia berada di pangkuan kamu semula? ketika si dia sedang menghadapi tekanan di tempat kerja, jatuh sakit atau mengalami krisis keluarga, waktu itu juga kamu harus memberi perhatian terhadapnya. Mungkin dengan cara menelefon adiknya, teman serumah atau rakan sepejabat akan membuatkan si dia berasa kamu sememangnya insan paling dihargai dan dihormati dalam hidupnya.
Ambil masa
Walau apa pun pendekatan yang kamu lakukan, hanya waktu yang mampu merawat luka-luka lama yang telah berlaku.Setelah semuanya berada dalam keadaan tenang, cubalah kamu berdua membicarakan hal ini secara profesional. Cari punca wujudkan kemusnahan perhubungan antara kamu dengan si dia. Tetapi, jangan sampai berputus asa atau terlalu menunjukkan yang kamu ingin kembali kepadanya. Cubalah memperjuangkan jalinan hubungan kamu dengannya. Belajar untuk membangunkan kembali kepercayaan kamu berdua. Capai tahap kepastian dan keinginan cinta yang kamu berdua inginkan dan segalanya akan kembali pada tempatnya.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.