Friday, July 31, 2009
idea...
salam.... dah lama aku tak menulis...tiba-tiba rasa nak menulis balik...
sempena nak masuk bulan ogos ini.....

jadi untuk kali ini..aku nak cerita tentang projek final aku...
hurmm pening kepala bila nak fikirkan soalan untuk dijadikan survey pada student uniten...
baru dapat beberapa soalan saja....

progress projek amat slow sekali...aduh....keje laen pun melambak menanti...
idea-idea....mana lagi nak cari idea ni...

kena jumpa otai ni..minta tolongnya....

ermm ok lah sambung lagi di nukilan yang laen pulak...

O_O
posted by tam @ 6:08 PM   0 comments
Surat untuk isteri
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu ..

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa ,
24300, Kemaman
Terengganu .

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya . Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu , memandangkan masih ada 3 kekosongan , eloklah jika dapat dipenuhi secepat mung kin . Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat . Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik , eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita . Kekosongan yang selebihnya akan diisi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan , yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis , terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakin an untuk mengemukakan permohonan ini . Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya , saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga . Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak , manakan mung kin puan dapat menjadi seperti sekarang . Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar , rumah besar , rantai besar dan pakaian besar . Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat . Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan . Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga . Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi , pinggan-mangkuk , ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini . Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas ..... Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini . Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata , saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian , Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon ,

Suami bin Lelaki
posted by tam @ 6:07 PM   0 comments
Ternyata
posted by tam @ 5:57 PM   0 comments
Tuesday, July 21, 2009
Masih mahu makan udang geragau?

Sumber

Aku pasti, bila ditanya tentang udang geragau. Pasti kalian rasa teruja dengan rasanya. Udang geragau ini apabila dimasak dengan nasi goreng memang menyelerakan. Itu belum lagi di tambah dalam masakan-masakan lain dan ada sesetengah mereka menjadikannya bahan utama utama untuk resipi sambal dan kuah bagi mee.

Aku terjumpa secara tidak sengaja industri ini ketika hari terakhir selepas tiba di jeti Kuala Gula, Kerian semalam. Aku lihat masyarakat Cina di sini yang merupakan nelayan kebanyakannya, menjadikan udang geragau sebagai hasil pendapatan mereka. Aku agak terkejut dengan penemuan ini. Lihat sajalah udang yang dijemur itu hanya diletakkan di atas kanvas di atas tanah. Selalunya bagi mereka yang arif, penjemuran seperti ini dibuat di atas pangkin khas.

Udang geragau yang basah dijemur. Kemudian pekerja Indonesia membalik-balikkan udang itu supaya ia cepat kering. Apa yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pakaian pekerja berkenaan.

Lihatlah mereka hanya berpakaian seluar pendek sahaja. Rambut dan peluh bila-bila masa sahaja boleh tercampur sekali dengan geragau tersebut.

Lihat juga kasut yang mereka pakai. Kasut itulah juga digunakan untuk memijak tanah di luar kanvas. Sedap bukan udang geragau yang kita makan?

Ini pula penemuan yang lebih mengejutkan! Tiba-tiba aku ternampak dua ekor anjing berkeliaran di kawasan jemuran tersebut.

Anjing-anjing tersebut dengan selamba melalui kawasan kanvas jemuran. Manakala pekerja industri itu hanya membiarkan anjing-anjing itu tanpa dihalau.

Lihatlah betapa enaknya geragau yang bakal tiba di rumah kita dikongsi bersama dengan anjing-anjing ini. Malah dapat dilihat anjing-anjing berkenaan memijak geragau yang sedang dijemur tersebut.

Aku semakin teruja melihat gelagat anjing-anjing tersebut dan terus menghalakan D60 untuk meneruskan kerja-kerja mengambil gambar. Dan…..

Gambar di atas menjadi finale kepada industri geragau yang aku lihat! Lihatlah kelibat sang anjing di kiri gambar yang sengaja kencing hanya beberapa sentimeter sahaja dari kanvas jemuran! Astagfirullah! Jadi kalian, masih mahu makan udang geragau lagi? Entah mengapa aku geleng kepala. Dalam keadaan kita gegak gempita dengan isu makanan halal di Malaysia, kita masih terlupa melihat perkara syubhah seperti ini. Aduhai!


Kredit kepada : http://www.bluehikari.com/


posted by tam @ 1:15 AM   0 comments
Monday, July 20, 2009
Definisi bersuci

Bersuci dalam istilah bahasa bererti membersihkan tubuh badan atau sesuatu dari kekotoran, sama ada kekotoran hissi atau maknawi.

Kekotoran hissi bermakna kekotoran yang boleh dicapai oleh deria seperti darah, muntah, tahi dan lain-lain.

Kekotoran maknawi pula bermakna kekotoran yang tidak dapat dicapai oleh deria seperti berhadas kecil atau besar.

Hukum bersuci
Bersuci hukumnya wajib apabila hendak mengerjakan ibadah solat. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci”
Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi

Hikmah bersuci

  1. Allah kasih orang yang bersuci. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud:

    “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci.”

  2. Bersuci sebahagian daripada iman. Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:

    “Bersuci itu sebahagian daripada iman”
    Hadis riwayat Muslim

  3. Menghindarkan perasaan jijik.
  4. Menjaga kesihatan dan menghindari penyakit.
  5. Membezakan antara manusia dan haiwan.
  6. Suatu tanda keistimewaan agama Islam yang lebih menitikberatkan kebersihan bukan hanya zahir sahaja, malah hingga kepada kebersihan batin.
  7. Terpelihara maruah diri. Selain itu kebersihan dalam solat adalah suatu adab kesopanan terhadap Allah s.w.t yang Maha Agung.
posted by tam @ 7:21 PM   0 comments
Sunday, July 19, 2009
Ada Apa Dengan Cinta
Ada Apa Dengan Cinta

Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun
sekadar "Hai" daripada dia mencukupi sebagai penenang.
Ulasan: anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda
tidak menyedarinya ataupun anda tidak mahu menerimanya
sebagai kenyataan.



Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu.
Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu.
Jangan jadi terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat
sukar untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya.
Ulasan: seseorang yang membuat kamu jatuh hati
kepadanya sebenarnya menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi
dia.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada
di hadapan kamu,
Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari
nanti, kamu pasti
akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Ulasan: hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah
untuk mencari orang yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah
hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda
bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini
hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.
Ulasan: Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan
anda telah bertemu dengan orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan
biarkan dia berlalu begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut.
Cubalah
dahulu atau anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu
sahaja. Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda
benar2 bahagia.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu
titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang
gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?".Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang
lelaki
yang menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu
begitu sahaja."
Ulasan: Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang
yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha
untuk
mendapatkannya atau mempertahankannya. Kita selalunya tidak
menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia
pergi
meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih dan menyesal
mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu
sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian
anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang
yang sanggup menyinari anda walau di mana sahaja anda berada.
Ulasan:
terdapat orang yang tahu dia tidak dapat
bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh
hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg
bakal kita sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg
kita sayangi itu
terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)
Ulasan: kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg
kita sukai atau sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri
kita. Tetapi sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat
dicapai dengan berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu
individu
sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering
melukakan. Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg
bertuah.
Ulasan: Jika anda bertemu seseorang yang benar2
menghargai anda, maka dia berhak mendapat kasih anda.

Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun
akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takutkan
risiko atau cabaran yang bakal mendatang.
Ulasan: Jangan berputus asa apabila terdapat saingan
dalam percintaan.
Adalah lebih baik untuk anda mencubanya terlebih
dahulu; kerana jika anda berjaya, kemenangannya itu teramat manis.
Tetapi, jika anda tidak mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan
orang yang anda sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam
mencintai/menyayangi. Anda Cuma kalah jika anda bertangguh.
Ulasan: Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda
kepada orang yang anda sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka
buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah
dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa
penting dan istimewanya mereka dalam hidup anda. Dengan itu, anda akan
rasa lebih yakin dan puas.
Dan anda akan rasa bangga terhadap diri anda kerana
anda telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan hati
anda.
Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana
akibatnya, hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu
cabaran paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala
kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup
menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.
Ulasan: Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan
pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih
sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang
paling bertuah! Dia layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta
untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Ulasan: Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang
anda sayangi
masuk, jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan
itu dapat dirasai dalam hati.


Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu
disedari.
Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk
anda difahami; tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk
anda mengambil itu dan ini; tetapi untuk anda diambil. Ia adalah untuk anda
mendengar;bukan supaya anda didengar. Ia adalah untuk anda berkorban
dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu dan ini. Ia bukan
untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk anda mencintai
posted by tam @ 10:14 PM   0 comments
Saturday, July 18, 2009
Bagaimana Menyayangi Seseorang
1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun
posted by tam @ 2:25 PM   0 comments
Thursday, July 16, 2009
Reasons Why Students Fail In Exam
It's not the fault of the student if he fails, because the year ONLY
has 365' days.

Typical academic year for a student:

1. Sundays-52, Sundays in a year, you know Sundays are for rest.
Days left 313.

2. Summer holidays-50 where weather is very hot and
difficult to study.Days left 263.

3. 8 hours daily sleep- 130 days GONE. Days left 141.

4. 1 hour for daily playing- (good for health) means 15 days.
Days left 126.

5. 2 hours daily for food & other delicacies (chewing
properly & swallowing)-means 30days. Days left 96.

6. 1 hour for talking (man is a social animal)-means 15 days.
Days left 81.

7. Exam days- per year at least 35 days. Days left 46.

8. Quarterly, Half yearly and festival (holidays)-40 days.
Balance 6 days.

9. For sickness- at least 3 days. Remaining days=3.

10. Movies and functions - at least 2 days. 1 day left.

11. That 1 day is your birthday.
How can you study on that day??!!

Balance = 0

"Then how can a student pass ??"
posted by tam @ 12:03 AM   0 comments
Saturday, July 11, 2009
Sebuah kisah....
WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak
"Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak
"Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing" .

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
....

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??
posted by tam @ 8:35 PM   0 comments
Wednesday, July 8, 2009
Tanda-Tanda Si Dia Pokai
TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan. Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:


Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.

Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”

Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.

Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”

Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”

Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”

Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”

Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.

SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”

Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.”

Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.
posted by tam @ 3:01 AM   0 comments
Tip menjadi terkenal dikalangan Teman
Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakananda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan:

Aktif dengan pelbagai aktiviti
Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai.

Menjadi seorang yang peramah
Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja.

Pendengar yang baik
Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu.

Jadilah diri kamu sendiri
Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya.

Hindari tekanan
Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya.

Peranan mata
Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.
posted by tam @ 2:55 AM   0 comments
Monday, July 6, 2009
Kenali keikhlasan si dia
PERNAHKAH anda digilai lelaki yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar-benar ikhlas namun anda tidak pernah memberinya peluang kedua.Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun sudah tidak berguna. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan namun dalam dunia nyata, tidak semuanya berakhir penuh kebaikan. Bagaimana menilai keikhlasan Si Dia?


Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.

Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.

Orang yang mencintai selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.

Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas (SMS) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.

Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza bukan 'aku CINTA padamu' tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.

Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang diadakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.

Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.

Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran, bahkan mungkin meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda.

Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.

Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.

Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuat anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya mengganggu diri anda.

Jika anda memintanya untuk mengajari sesuatu maka dia akan melakukannya dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia!

Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasi sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.

Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.
posted by tam @ 7:53 PM   0 comments
Friday, July 3, 2009
Wabak dan penyakit berjangkit menurut pandangan Islam
Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)

Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

Nabi saw bersabda:

لا يوردن ممرض على مصح

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (Hr Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yg berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda:

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Aisyah ra bertanya berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan senghaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.
posted by tam @ 8:14 PM   0 comments
Dead baby
Beginilah nasib bila nilai-nilai agama diabaikan...sebelum melakukan sesuatu fikirkanlah dengan akal fikiran yang waras kerana dengan akal fikiran lah membezakan manusia dengan makhluk yang lain...

kepada ibu bapa jagalah anak-anak sebaik-baiknya agar tiada berlaku kes seperti ini..

semoga Allah merahmati roh mu...


Kredit kepada isuhangat

posted by tam @ 8:06 PM   0 comments
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission