Friday, February 27, 2009
Mimpi yang hilang
posted by tam @ 8:46 PM   0 comments
Thursday, February 26, 2009
Pesan Nabi sebelum tidur
Sekadar ingat mengingati.. ...

SEBELUM Tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meridhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....



"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,
Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul
lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )


Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi Walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )


Wallahualam...
posted by tam @ 7:52 PM   0 comments
kasih sayang Allah
Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita. Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya



(O_O)
posted by tam @ 7:43 PM   0 comments
Wednesday, February 25, 2009
Fakta mengenai Palestin,Israel dan Mesir
Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.

I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid.

Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran...

"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" - Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine...

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

(Eee...tak ingin hantar anak gi Al Azhar..lebih baik hantar ke negara Islam lain..UIA pun dah bagus!!!)



Gaza (Palestine)

Terbahagi kepada 2 - Hamas dan Fatah...Belah Fatah ada kasino!

Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza!

Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni).

Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie.

Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..

Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama ..tapi dia mention Hashim....)

Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..


Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die anytime.

Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu!

Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel...punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.

Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!!

Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups.

Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.

Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..



Israel

Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh.

Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal.

Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.

Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...



Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.

Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!

Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de.

Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang...Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe)...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel.

So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.
posted by tam @ 11:38 PM   0 comments
KALAU POMPUAN KATA
1)Kalau pompuan kata : oklah wak,kita sembang lain kali yek.
Maknanya : dah le tu...maleh dah nak sembang ngan ko..boring!

2)Kalau pompuan kata : tak pe,saya tak kisah..
Maknanya : sape kata aku tak kisah?

3)Kalau pompuan kata : kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je
Maknanya : aku memang tak nak kat ko..kalo cakap kang penyek plak muka tu..

4)Kalau pompuan kata : eh....u call ekk?i tak de receive call dari u pun...
Maknanya : memang no ko naik tapi saja aku malas nak jawap

5)Kalau pompuan kata : lain kali je la kita keluar,i bz la sekarang ni...nanti i free i call u ,kay?
Maknanya : aku tak nak keluar ngan ko,tak reti2 bahasa lagi ke?

6)Kalau pompuan kata : i sebenarnya tak la memilih sangat.
Maknanya :sape kata aku tak memilih....please. .kalo nak makan pun harap aku belanja,boleh blah la...

7)Kalau pompuan kata :i tak kisah penampilan u macamana pun
Maknanya : ya Rabbi!selekehnya pak we aku...

8)Kalau pompuan kata : lain kali kita keluar lagi ekk?i kena balik balik cepat la...ada hal...
Maknanya : inilah first and last aku keluar ngan ko...

9)Kalau pompuan kata :saya suka lelaki yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla...
Maknanya : excuse me!ciri2 tu tak de kat ko..so..paham2 sendiri la

10)Kalau pompuan kata : u keje kat mana?as what?
Maknanya :kalo setakat keje ntah hapa2 tak payah le ngorat aku...


ahakss!!Jangan marah yerk

(O_O)
posted by tam @ 11:37 PM   0 comments
antara khiri dengan cintanya
hari ini lambat lagi aku pergi ke kelas......cepat-cepat aku bersiap....aku tak nak terlepas peluang untuk melihat gadis itu...gadis yang setiap saat buat hati aku jadi tak tentu arah....sampai di kelas....pandangan mata aku mencari di mana gadis itu duduk....ermm ada pun dia...aku memandang nya....cantik dia hari ini..berbaju kurung biru...adoii....makin parah rasa hati ini...kenapa aku suka sangat pada dia....aku terus duduk di sebelah kawan aku..oii khiri..asal kau lambat hari ini....dino kawan baik aku bertanya..malas aku nak layan pertanyaan dino itu..aku terus fokus memandang dia..gadis yang menjadi pujaan hati aku ini..namanya...safina....cantik nama itu..secantik orangnya....khiri....khiri...aku baru tersedar dari lamunan nama aku di panggil...aku tercari cari siapa pulak yang panggil aku masa macam ni....baru nak sedap berkhayal...oii khiri... dino memanggil aku....encik zul panggil kau....yaaaaa encik zul....sedap berkhayal sampai saya panggil nama kamu pun tak dengar...kamu nak belajar ke kamu nak berkhayal..kalau nak berkhayal kamu boleh balik rumah saja....saya minta maaf encik zul....malu aku hari nii...hehe tapi aku tak kisah sebab masa encik zul bercakap dengan aku...sempat aku memandang safina dia senyum pada aku..rasa nak berguguran jantung ini.......saya nak kamu jawab soalan apa yang saya tulis di depan ni...baik encik zul..aku terus kedepan dan menjawab soalan yang diberikan...kamu nii bijak khiri tapi selalu bermain main didalam kelas...saya harap kamu berubah lah...kata encik zul pada aku...baik encik zul..saya minta maaf pasal tadi encik zul..lega aku soalan yang diberikan aku dapat menjawabnya...aku terus balik ketempat duduk aku..itu laa kau khiri selalu sangat berkhayal..nasib baik kau tak kena denda....hafiz menegur aku...hehe biasalah kata aku...pukul 1 kelas berakhir..khiri hari ini kau nak makan kat mana..?dino bertanya..tempat biasa dino....pendek saja aku menjawab...ok jumpa kau kat tempat biasa kata dino.... (Bersambung.. )
posted by tam @ 1:24 PM   0 comments
Tuesday, February 24, 2009
Tam & friends ---- Kenapa kita perlu balik kerja awal
Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

(O_O)
posted by tam @ 7:10 AM   0 comments
Saturday, February 21, 2009
secret word inside coca-cola
posted by tam @ 1:26 AM   0 comments
ketawa jangan tak ketawa
Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...


kalau anda tak faham maksudnya fikiran anda perlu dicergaskan lagi...hehehe

(O_O)
posted by tam @ 1:22 AM   0 comments
Tam & friends ----- Jangan merungut.........
Jangan merungut.........

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu
dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih
berupaya utk berjalan.

10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
posted by tam @ 1:21 AM   0 comments
Friday, February 20, 2009
Tam & friends --- bila lelaki jatuh cinta
Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta ? Begini katanya….

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan karena terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..

3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.

4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkan
seluruh perhatian kepadanya.

9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.

13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya
lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.

20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dan
sanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.

23.. Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.
Hargailah insan bergelar lelaki…

Hargailah insan bergelar lelaki…

(O_O)
posted by tam @ 7:35 AM   0 comments
menguji tahap kecerdikan anda...
kalu anda rasa anda bijak..jawab soalan ini..













Ini jawapannya..cuba bandingkan jawapan anda..jika sama anda seorang yang cerdik...huhu

(O_O)


posted by tam @ 12:56 AM   0 comments
Thursday, February 19, 2009
lawak untuk kesadaran ( Kenapa Cuci Kereta Lagi Best Dari Berkhalwat???? )
1. Cuci kereta boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2. Masa sedang asyik menggosok badan kereta tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3. kereta tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci kereta.

6. Lepas cuci boleh naik dan tekan-tekan serta baring-baring dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.

7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi. Depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh mak bapak,kawan-kawan.

10. Majikan tidak akan memecat anda.

Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka cuci same,pastu bwk diorg g jenjalan window shopping ker..silap2 diorg plk pelawa jd menantu diorg..x ker best tu .
posted by tam @ 12:04 AM   0 comments
teka - teki uji minda anda
soalannyer berbentuk... ... .

1. seekor burung sedang terbang lalu terserempak dgn sebuah kapal terbang di udara. Tiba2 burung itu jatuh ke bawah. Kenapa?

2. pokoknya di atas bukit daunnya di dlm air. Apakah dia?

3. kalau manusia jadi ikan, apakah yg akan terjadi kpd ikan?

4. Bas Parkmay sedang bergerak ke Seremban dgn membawa sorang datuk, seorang wanita dan seorang pelajar. Tiba di Seremban, siapakan yg turun dulu?

5. ikan apa yg sentiasa sejuk?

6. Amin dan Aminah mendapat anak. Kenapa mereka menamakan anak mereka Afifah ?

7. buah apa yg kita langkah dulu sebelum makan ?

8. dlm banyak2 haiwan, haiwan apa yg x pernah duduk ?

9. lepas satu hilang, satu lagi hilang. Akhirnya tinggal ibu yg malang. Apakah itu?

10. andaikan anda seorang konduktor bas. Bas itu pergi ke satu stesen, 5 org diambil. Di stesen kedua, 2 org turun dan 7 org naik.di stesen ketiga, 3 org turun dan 8 org naik. Soalannya, berapakah umur konduktor bas itu ?

11. emak anas ada 5 org anak. Abu, Ali, Ahmad, dan Azizi. Siapakah anak kelima?

12. apakah solat yg ada 3 tahiyat?

13. bagaimana utk naik haji jika x ade duit?

14. apakah tempat yg terkecil di dunia?

15. dlm banyak2 bola, bola apa yg pemainnya hormat?







jawapan

1. burung sedang tutup telinganya

2. daun teh

3. ikan jadi banyak sebab manusia x makan

4. meter bas

5. ikan jaket (gelaran utk ikan cencaru)

6. kerana anak itu perempuan

7. buah dam

8. ikan

9. mancis

10. umur anda

11. Anas

12. solat maghrib masbuk

13. main dam haji

14. setapak

15. bola golf
posted by tam @ 12:00 AM   0 comments
Wednesday, February 18, 2009
Fakta tentang telefon
# Telefon bimbit dapat membunuh pengguna sekiranya ia digunakan di stesen-stesen minyak. Sebenarnya belum pernah lagi terjadi alat ini dapat mencetuskan bunga api atau kebakaran. Ini kerana kebanyakan telefon bimbit menggunakan 3.6 volt tenaga, kurang daripada apa yang digunakan oleh radio walkman ( 9 volt). Walaubagaimanapun berhati-hatilah jika anda menggunakan telefon bimbit dengan bateri Lithium Ion.

# Telefon bimbit dapat menyebabkan kanser dan tumor serta mngurangkan daya ingatan. Tiada bukti yang menunjukkan ini terjadi. Telefon bimbit menggunakan transmisi RF atau Radio Frequency yang paling rendah dan tidak mungkin dapat menyebabkan kanser. Malah ini disahkan oleh Journal of American Medical Association dan New England Journal of Medicine.

# Telefon bimbit dapat menyebabkan pening kepala. Ini mungkin ada benarnya kerana kerapkali melekapkan telefon bimbit ke telinga dan berbual-bual panjang, sudah tentulah akan mendatangkan stress, tetapi tiada bukti sahih yang menunjukkan penggunaannya yang kerap dapat menyebabkan pening kepala.

# Telefon bimbit dapat mencetuskan sistem amaran kebakaran. Tiada bukti yang mengesahkan fenomena ini.

# Jangka hayat bateri alkali telefon bimbit boleh dipanjangkan jika diletakkan dalam peti sejuk. Tidak dinafikan ia membantu mengekalkan kuasa mengecas hanya sedikit sahaja kerana jika dibiarkan terdedah kepada suhu yang panas, kuasanya akan berkurang sebanyak 2% setahun. Begitu juga dengan bateri NiMH dan NiCD.

# Mengecas bateri secara pantas (quick-charging) dapat mengurangkan jangka hayat bateri. Ini tidak benar. Sebenarnya bateri NiMH akan menjadi bertambah lemah jika dibiarkan pada pengecas sepanjang malam, akibat terlebih cas.
posted by tam @ 11:59 PM   0 comments
Gambar menarik




Bangunan tertinggi di dunia kena petir
posted by tam @ 11:55 PM   0 comments
UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA
Assalamualaikum,

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste

2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma

3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm

4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma

Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain ... akan diberitahu secepat mungkin.

Wallahu'alam

P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Sumber asal: (nama dirahsiakan)

Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
posted by tam @ 11:52 PM   0 comments
Tam & friends ----- Kisah yang mungkin nyata
BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRI

Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku.

sakittttttttt. ....... sakit rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.

Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... mereka
menjerit...histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..????????

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia........ dia
mirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... ..

Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...
Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku..

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga
dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.

Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia.Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.
posted by tam @ 11:49 PM   0 comments
Sunday, February 15, 2009
Tam & friends --- Appreciate the girl u love…. ( tema hari ini hari untuk bercerita )
Appreciate the girl u love….

Guys…realize that the girl holding onto u.. is PERFECT in her own special way. The way she laughs.. The way she sleeps.. The way she loves you.. The way she tries to please you… Always remember that. She can always get up and walk away, getting someone else who can love her more. For all you know, there is someone out there wooing her already, but she is rejecting, a maybe perfect love for her.. There might also be someone out there.. who is willing to love her more than you are loving her now, fufill her every need and love her as much as she loves you. Understand that. Imagine this, guys. When you are holding her today… and then you cheat on her by hugging and kissing another gal. and then you run back to her… and u do the same…. but you see love in her eyes… What do you think? Do you feel the hurt? Can you feel the guilt? She loves you not because you are good looking, have money, buy her things, make her parents happy, or that you have a car. She loves you for who you are. Your every touch, every word you say, everything you do. Guys. Cherish and appreciate your girl. Don’t break her fragile heart. She is the only one who can love you that way. You won’t wanna regret letting go of that special girl you have. For everything she has done for you, the least you can do is to give her unconditional love as she has given to you.
posted by tam @ 3:45 AM   0 comments
Tam & friends --- cerita ( tema hari ini hari untuk bercerita )
Gadis penjual Cd dan pesakit kanser

Ini merupakan sebuah kisah yang mungkin akan
membuatkan anda melihat betapa pentingnya kita
hidup seolah-olah setiap hari merupakan yang
terakhir buat kita…

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan
penyakit kanser yang tiada penawarnya. Kita
namakannya sebagai A. Dia kini berusia 17 tahun
dan dijangka menghembuskan nafasnya yang
terakhir bila-bila masa sahaja. Disebabkabn oleh
keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya,
di bawah penjagaan ibunya. Pada suatu hari, dia
membuat keputusan untuk melihat dunia luar
setelah sekian lama. "Sekali pun, cukuplah atau
mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa," kata
hatinya. Setelah memaklumkan kepada ibunya
dan ibunya bersetuju. A tidak pergi jauh, hanya
berjalan sekitar deretan kedai berhampiran
rumahnya.

Tiba-tiba A berhenti di hadapan sebuah kedai
muzik. Seraya dia menjengukkan kepalanya ke
dalam, A terpandangkan seorang gadis yang
sungguh cantik, lebih kurang sebaya dengan
umurnya. Mungkin inilah yang dinamakan cinta
pandang pertama. Kaki A terus melangkah masuk.

Dia terus maju ke kaunter di mana gadis itu
sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman
yang sungguh manis kepada A sambil
bertanya: "Boleh saya bantu?". Di dalam kepala A
hanya ada senyuman paling manis pernah
dilihatnya selama 17 tahun ini. A tergamam buat
seketika sebelum menjawab dengan nada suara
yang agak bergetar (gagap): "Saya nk beli CD".

Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang
sempat tercapai oleh tangannya. Dia kemudiannya
menyeluk saku mengeluarkan wang utk
bayaran. "Awak nak saya balut ke?" soal gadis tu
lg bersama senyuman yg tdk lekang dibibirnya. A
hnya mampu mengangguk. si gadis meminta diri
tuk ke bilik belakang. Sekali lg A menganggukkn
kepalanya. Sejak hari itu, saban hari A akan
berkunjung ke kedai tersebut. Dan setiap hari itu
jugalah, dia akan membeli CD yg dibalut cantik
oeh gadis itu. A pula, sekembalinya ke rumah
tidak pernah membuka CD-CD yg dibelinya itu dan
hanya menyusun di atas rak.

Lagipun, CD-CD tersebut cuma alasan A untuk
bertemu gadis itu. A seorang anak muda yang
sangat pemalu. Walaupun dia mencuba sedaya
upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis
keluar, namun lidahnya kelu. Ibu A perasan dgn
apa yg berlaku dan sentiasa memberikannya
galakan.

Pada suatu hari, A nekad. Seperti biasa, dia
keluar ke kedai muzik itu dan membeli Cd dan si
gadis akan membalutnya cantik-cantik. semasa si
gadis sedang sibuk membungkus Cd tersebut di
bilik belakang, A meninggalkan nmbr telefon di
atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.

Keesokan harinya, A tidak bertandang ke kedai
seperti kebiasaannya. Lantas, si gadis cuba
menghubungi menggunakan nombor telefon yg si
A tinggalkan semalam.Si ibu yg menjawab
pnggilan itu. Gadis penjual Cd di kedai muzik! Si
gadis meminta utk bercakap dgn anak lelakinya
dan si ibu mula menangis.
Gadis itu bertanyakan apa yg telah
berlaku? "Tidakkah kamu tahu, dia telah
meninggal dunia semalam?" Untuk sekian lama,
yg ada hanyalah diam yg panjang. Pd sebelah
petangnya, ibu A memasuki bilik anaknya kerana
begitu terkenangkan A. Dia membuka almari dan
terperanjat melihatkan Cd-cd yang berbalut kemas
tnpa satu pn darinya yang dibuka.

Hatinya tertanya-tanya. Dan utk meleraikan
persoalannya itu,ibu membuka salah satu
daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan
balutan itu, si ibu ternampak sehelai kertas kecil
yang diselitkn di dalamnya.

Kertas tersebut tertulis "Hai! awak ni cute lah.
Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itupun kalau
awak sudi. -Sofea"

Si ibu mula meraung setiap kali dia membuka Cd-
cd tersebut, satu demi satu sehinggalah habis
kesemuanya. Tiap satu darinya mengandungi
helaian kertas yg tertulis mesej serupa. "Hai! awak
ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan.
Itupun kalau awak sudi.- Sofea"

Moralnya, begitulah adanya hidup ini. Jangan
tunggu untuk menunjukkan kepada seseorang
yang istimewa apa yg anda rasakan tentangnya.
Kerana esok mungkin sudah terlalu lewat untuk
anda berbuat demikian…

(O_O)
posted by tam @ 3:41 AM   0 comments
Tam & friends --- menilai makna tersirat ( tema hari ini hari untuk bercerita )
LELAKI memang dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.

Disebabkan kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki sedemikian.

Justeru, wanita perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.

Jika lelaki mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap jika tiada maksud lain.

Jika lelaki menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu mereka harus memulakan langkah pertama.

Andai lelaki mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka berperang mulut dalam tempoh lama.

Andai lelaki memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk menewaskan lelaki.

Jika lelaki bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita manja dan lemah lembut dengannya.

Jika lelaki memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata pujian yang kurang jelas.

Andai lelaki menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika menangis, memang dia cintakan anda.

Andai lelaki suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.

Jika lelaki cemburu, ada empat kemungkinan:

- Dia sayang dan takut kehilangan anda

- Dia mahu menguasai anda

- Dia tidak mahu ada pesaingan

- Dia mungkin mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.

Jika lelaki diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan terus berleter, buruk akibatnya.

Jika lelaki bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak melakukan perkara yang sama.

Andai lelaki merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan, apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh persekitaran.

Kesimpulannya, wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki, mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia bernama lelaki.
posted by tam @ 3:38 AM   0 comments
Tam & friends --- 100 hari ( tema hari ini hari untuk bercerita )
"Salleh dan Salleha sedang duduk bersama di taman kampus tanpa melakukan apapun, hanya memandang langit sementara sahabat-sahabat mereka yang lain sedang asyik bercanda ria dengan kekasih masing-masing.
Salleha : " Ahhh!! aku bosan. Aku berharap aku juga mempunyai kekasih yang dapat bersama berbagi waktu denganku. "

Salleh : " Nampaknya cuma tinggal kita berdua saja yang masih single mingle, masih tidak mempunyai pasangan sekarang."(keduanya mengeluh dan berdiam beberapa saat)

Salleha : " Aku ada idea best nie. Kita adakan permainan jom? "

Salleh :"Errr? Permainan apa? "

Salleha : "Ermmmmm… senang je.Apa kata kau jadi kekasihku dan aku jadi
kekasihmu tapi hanya untuk 100 hari saja….. camnerr okay tak? "

Salleh : " Baiklah… lagi pun aku juga belum ada agenda apa-apa untuk beberapa bulan nie. "

Salleha : " Lerr… cam tak ikhlas jerr…. nak tak nak??… semangat sikitlah! Hari ini akan jadi hari pertama kita bercouple. Kita ke mana sekarang? "

Salleh : " Camnerr kalau kita nengok wayang ajerr? Kalao tak salah citerr PGL
tengah now showing nie….. Ajebb ngan Adha cakap citerr nyerr best tau.. dia orang kasi 4 bintang lagi. "

Salleha : "OK sett!!!…. Jom kita pergi sekarang. Pastu kita gi karaoke yerr… agak-agak kalau kita ajak sama MasPenn ngan Lili tu dia nak tak??? "

Salleh : "Boleh juga…" ( mereka berdua pun pergi menonton, berkaraoke dan Salleh menghantar Salleha pulang selepas itu )

Hari ke 2 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu untuk berbual dan bercanda di kafe,
suasana kafe yang remang-remang dengan alunan muzik yang syahdu membawa hati mereka pada situasi yang romantis. Sebelum pulang Salleh membeli sebuah kalung perak yang berloketkan sebiji bintang untuk Salleha.

Hari ke 3 :
Mereka pergi ke Mall membeli-belah untuk mencari hadiah buat Lady Rye, seorang sahabat Salleh. Setelah lelah berkeliling dalam Mall, mereka memutuskan untuk membeli sebuah jam tangan. Setelah itu mereka beristirihat dan duduk di foodcourt, makan sepotong kuih dan satu gelas jus berdua dan mulai berpegangan tangan untuk pertama kalinya.

Hari ke 7 :
Bermain bowling dengan teman-teman Salleh. Tangan Salleha terasa sakit kerana
tidak pernah bermain bowling sebelumnya. Salleh memicit-micit tangan Salleha
dengan lembut.

Hari ke 25 :
Salleh mengajak Salleha makan malam di Danga Bay. Bulan sudah menampakkan diri, langit yang cerah menghamparkan ribuan bintang dalam pelukannya. Mereka duduk menunggu makanan, sambil menikmati suara desir angin berpadu dengan suara gelombang bergulung di pantai. Sekali lagi Salleha memandang langit, dan melihat bintang jatuh ( shooting stars ). Dia mengucapkan suatu permintaan dalam hatinya.

Hari ke 41 :
Salleh menyambut ulang tahun. Salleha membuatkan kek ulang tahun untuk Salleh. Bukan kek buatannya yang pertama, tetapi kasih sayang yang mulai timbul dalam hatinya membuat kek buatannya itu menjadi yang terbaik. Salleh terharu menerima kek itu, dan dia mengucapkan suatu harapan saat meniup lilin ulang tahunnya.

Hari ke 67 :
Salleh dan Salleha menghabiskan waktu di Sunway Lagoon. Berjalan sama di The
World’s Longest Pedestrian Suspension Bridge, sambil menikmati pemandangan. Naik The Viking, makan eskrim bersama, dan mengunjungi kiosk permainan. Salleh menghadiahkan sebuah boneka teddy bear besar bermata biru untuk Salleha, dan Salleha membelikan sebuah MP3 thumbdrive player untuk Salleh.

Hari ke 72 :
Pergi ke Suntec City di Temasik. Melihat meriahnya pamiran dari negeri Cina. Salleha mengajak Salleh untuk mengunjungi salah satu kiosk "Fortune Telling". Sang peramal hanya mengatakan "Hargai waktumu bersamanya mulai sekarang" kemudian peramal itu menitiskan airmata.

P.S : Korang jangan pulak besok-besok gi jumpa tukang telek pulak… tang ini cuma buat sedapkan jalan citerr jerr…

Hari ke 84 :
Salleh mengusulkan agar mereka berlibur ke pantai. Pantai Desaru kelihatan sepi
kerana bukannya waktu percutian bagi orang lain. Mereka melepaskan sandal dan
berjalan sepanjang pantai sambil berpegangan tangan, merasakan lembutnya pasir dan dinginnya air laut menghempas kaki mereka. Matahari terbenam, dan mereka berpelukan seakan tidak ingin berpisah lagi.

P.S Lagi : Tang peluk-peluk nie pun… korang jangan pulak nanti serang jebat pasai buat adengan peluk-peluk… sama jugak macam yang kat atas tu… sajerr nak panjangkan citerr…

Hari ke 99 :
Salleh memutuskan agar mereka menjalani hari ini dengan bersantai sambil berputar-putar tanpa arah tujuan keliling bandar dan akhirnya duduk di sebuah taman.

1520hrs

Salleha : " Aku haus. Rest kejap okay. "

Salleh : " Tunggu disini, aku beli minuman dulu. I nak minum "Green Tea"; You nak minum apa? "

Salleha : " Biar I saja yang beli. You kan penat putar stering keliling bandar hari ini. Sekejap yerr "

Salleh mengangguk. Kakinya memang suka simpul biawak atau cramp kalau lama memandu.

1530hrs

Salleh sudah menunggu selama 10 minit and Salleha masih belum kembali juga. Tiba-tiba seseorang yang tidak dikenali berlari menghampiri Salleh dengan wajah panik.

Salleh : " Ada apa Cik? "

Orang asing : " Ada seorang perempuan dilanggar kereta. Rasa-rasanya macam
temanmu tadi "

Salleh segera berlari bersama orang itu. Disana, di atas jalan yang panas terjemur terik matahari siang, tergeletak tubuh Salleha bersimbah darah, masih memegang botol minumannya. Salleh segera menelefon ambulan dan langsung mengikut Salleha ke hospital bersama-sama ambulan. Selama 8 jam 10 minit, Salleh tidak senang duduk diruang menunggu bilik kecemasan. Sekejap berdiri… sekejap mundar-mandir.. fikiran Salleh bercelaru. Seorang doktor keluar dengan wajah penuh penyesalan.

2353hrs

Doktor Zuhana : " Maaf, tetapi kami sudah cuba melakukan yang terbaik. Dia masih bernafas sekarang tapi Yang Maha Kuasa akan segera menjemput. Kami menjumpai surat ini dalam kocek bajunya. "

Doktor Zuhana memberikan sekeping surat yang terkena percikan darah kepada
Salleh dan Salleh segera masuk ke dalam bilik rawatan untuk melihat Salleha.
Wajahnya pucat tetapi kelihatan damai. Salleh duduk disisi pembaringan Salleha dan menggenggam tangan Salleha dengan erat. Untuk pertama kali dalam hidupnya Salleh merasakan torehan luka yang sangat dalam di hatinya. Butiran airmata mengalir dari kedua belah matanya. Kemudian dia mulai membaca surat yang telah ditulis Salleha untuknya.

Sahabatku Salleh…
Ke 100 hari kita sudah hampir berakhir. Aku menikmati hari-hari yang telah ku lalui bersamamu. Walaupun kadang-kadang kau buat derk dan tidak dapat ku membuat telahan, tetapi semua perkara itu telah membawa kebahagiaan dalam hidupku.

Aku sudah menyedari bahawa kau adalah jejaka yang berharga dalam hidupku. Aku menyesal tidak pernah berusaha untuk mengenalmu lebih dalam lagi sebelumnya.

Sekarang aku tidak meminta apa-apa, hanya berharap kita dapat memperpanjang
hari-hari kebersamaan kita. Sama seperti yang ku ucapkan pada bintang jatuh malam ( shooting stars ) itu di pantai, Aku ingin kau menjadi cinta sejati dalam hidupku. Aku ingin menjadi kekasihmu selamanya dan berharap kau juga akan berada disisiku seumur hidupku. Salleh, aku sangat sayang padamu.

2358hrs

Salleh : " Salleha, apakah kau tahu harapan apa yang ku ucapkan dalam hati tika meniup lilin ulang tahunku? Aku pun berdoa agar Tuhan mengizinkan kita bersama-sama selamanya. Leha, kau tidak boleh meninggalkan aku! Hari yang kita lalui baru berjumlah 99 hari! Kau harus bangun dan kita akan melalui puluhan ribu hari bersama-sama! Aku juga sayang padamu, Salleha. Jangan tinggalkan aku, Ayang…jangan biarkan aku kesepian!, Aku sayang kamu…!"

Jam dinding berdentang 12 kali….jantung Salleha berhenti berdetak.

Hari itu adalah hari ke 100…

moral of the story:

Luahkan perasaanmu pada orang yang kau sayangi sebelum terlambat.
Kau tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi esok. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan meninggalkanmu dan tidak akan pernah kembali lagi.

True love doesn’t always have a happy ending, because true love never ends….

(O_O)
posted by tam @ 3:33 AM   0 comments
Tam & friends --- cinta ibarat menunggu bas ( tema hari ini hari untuk bercerita )
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee… penuhnya… tak de tempat duduk." Jadi, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm… . tak de air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa… awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber aircond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan)lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti- nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha… . Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu… semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

(O_O)
ini hanyalah sebuah bingkisan cerita yang di tulis untuk buat kita berfikir tentang ini.. ...apa pun diri kita...kita sendiri yang memilih apa yang kita mahukan...
posted by tam @ 3:07 AM   0 comments
Friday, February 13, 2009
Tam & friends --- try this for fun...




Ini untuk suka - suka sahaja

(O_O)
posted by tam @ 8:05 PM   0 comments
tawaran menarik untuk anda
Pada pengemar-pengemar perfume yang sebelum ini menggunakan yang bukan original ataupun yang original tapi dengan harga yang mahal...

Tawaran menarik untuk anda....
perfume original dengan harga hampir 70%
lebih murah dari harga pasaran....

Mana nak cari harga yang lebih murah jika bukan di perfumesmania...
anda boleh melawati laman web http://perfumesmania.webs.com/
ringan-ringankan jari anda untuk klik laman web ini..

jika bukan untuk kegunaan sendiri anda boleh belikan perfume ini sebagai hadiah untuk kekasih anda..

yang penting lebih murah tapi wangian yang asli untuk anda semua...

jika berminat boleh hubungi :
akmil ---> 0173321232
epul ---> 0123605378

kalau segan hubungi aku pun boleh..
tam ---> 0133097192

(O_O)
posted by tam @ 4:28 PM   0 comments
Beauty of Math!
Beauty of Math!
x
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Now, take a look at this...


101%



From a strictly mathematical viewpoint:



What Equals 100%?
What does it mean to give MORE than 100%?

Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to
GIVE OVER 100%.

How about ACHIEVING 101%?


What equals 100% in life?


Here's a little mathematical formula that might help
answer these questions:


If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


If:


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E

11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%



THEN, look how far the love of God will take you:



L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%


Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will
get you there, It's the Love of God that will put you over the top!
posted by tam @ 2:30 AM   0 comments
ketawa lagi..
Tahukah anda lipan ada pantang larangnya. kebiasaannya lipan dewasa mempunyai 44 kaki (kiri + kanan).
Lembu adalah pantang lipan dimana ada lembu disitu x ada lipan. Jadi nak halau lipan kena bela lembu, nak tau sebabnya?

Lipan lari bukan takut kat lembu, dia takut kat tahi lembu, apabila dia sekali melintasi tahi lembu kaki dia akan hilang dua, tak percaya cuba tangkap lipan kira kaki , kemudian biarkan melintasi tahi lembu tentu kaki dia kurang 1.

Nak tau kenapa kaki lipan kurang satu?
::
::
::
::
Kerana dia x ada perfume terpaksa angkat kaki tutup hidung dgn kaki pasal tahi lembu tu kan busuk

(O_O)
posted by tam @ 2:26 AM   0 comments
masa untuk ceria lagi ( terus ketawa )
Satu hari ada tiga orang lepak dalam rumah sewa diaorang iaitu apartment 5 tingkat kat Taman Cempaka, Tampoi

Bila dah habis tengok VCD upin dan ipin, diorang rasa tersangat lah boringnya... so diorang buatlah satu pertandingan... diorang kena campak jam tangan ke bawah dan sambut. Sapa sempat dikira menang lah.

So org pertama campak jam dia keluar tingkap. Baru dua anak tangga dia turun, jam dia pecah berderai !!! Org kedua pun cuba plak... dia campak jam dia dan baru dia nak angkat kaki, jam dia dah pecah berderai... orang ketiga plak...

Dia campak jam dia, dia turun tangga Big Ben tu, beli surat khabar, PAS tu beli burger, pas tu dia duduk lepak-lepak kat bangku. Lepas tu dia sambut jam dia dan naik atas semula...

Yang dua orang tadi punyalah pelik+heran+ajaib singh ... diorang punnn tanya ... "eh! camana kau boleh sempat sambut haa ? Siap boleh baca paper la, beli burger la... ??"

Nak tau apa org ketiga tu jawab "Oh, jam aku lambat 30 minit!" hohoho

(O_O)
posted by tam @ 2:24 AM   0 comments
Thursday, February 12, 2009
Handsfree ( masa untuk ketawa )

Kepada yang kaki tindik tu, ada berani ker buat camni? Senang tak memerlukan bluetooth, wireless lagi tu..
posted by tam @ 9:12 PM   0 comments
Status halal Kopitiam
WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.

Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-

-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan)

-Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.

-Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

-Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China. Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA)

Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya-dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalahgunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut. Bagi pengunjung-pengunjung, apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan.Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.

Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (juga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.

Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberang Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tampa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tampa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.

Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.

Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM. Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHINTUNGAN di PADANG MASYAR nanti? Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADASTATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?

Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka. Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN, HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM.

Wallahualam...
posted by tam @ 9:01 PM   0 comments
Tam & friends ---- untuk kaum hawa ( wanita )
Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli
dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada
syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan
wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,
kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya
cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan
kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi
cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia
selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang
iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap
orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan
dengan mereka yang kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil
untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala
ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa
berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada
tangan terhulur.

Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri
telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan
satu lagi untuk menolong
orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,
bukan pada bentuk tubuhnya,
atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang
dunia. Kerana di matanyalah
terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat
berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan
yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan
perhatian
dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu


***SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA YANG SOLEHAH***
posted by tam @ 8:57 PM   0 comments
Tam & friends --- untuk menjadi lelaki atau suami yang dikagumi
Sebagai lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi?

Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa..

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda.

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali" menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh ibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari.Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai € ¦’¸role model". Hidupkan amalan sunnah alam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
posted by tam @ 8:55 PM   0 comments
Tam & friends --- Kenapa berkahwin?
Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :=

1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat. Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :

An-Nisaa
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.

Surah Taubah
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki

Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.

4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.

Surah Ar Rum
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi

793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku

6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh
7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin
8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang telajak
9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora
10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia
13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin

Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :

" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))

Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.

Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin. Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.

Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.

Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al Quran

Surah Al Imran
[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.

Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .
posted by tam @ 8:52 PM   0 comments
Wednesday, February 11, 2009
fakta seorang yang bernama lelaki
1.Lelaki tidak detail dlm percakapan

Contoh kes: Kakaknye baru saja putus cinta. Biler kite tanyer what's his comment dier just cakap: "Mm..dah nak putus nak wat camne..."

2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi hobi

3. Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.

4. Lelaki jarang muncul dengan jambang bunga.

Contoh kes:Dalam filem, sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga. Kenyataan nye? huh hampeh!!

Alasan: Sejak awal, otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik. kebetulan, hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka. Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.

5. Lelaki tidak bergosip

Alasan: Sebenarnya lelaki juga bergosip. Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg, biasanya mereka menyelesaikannya, atau melupakannya.

6. Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.

Alasan: Bagi lelaki, ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka. Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya, bagaimana ayah mereka melindungi ibunya. Makanya, tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.

7. Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik, cd, jeans, jam tangan dan apa saja!

Alasan: Berbalik kepada asal mereka sebagai pemburu, lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin. Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain, sehingga tidak hanya mengekar kuantiti, tapi juga kualiti yang dimilikinya. Bagi mereka, punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.

8. Lelaki Senang melihat wanita memakai skirt pendek(mini skirt)-asalkan bukan kekasihnya..

(O_O)
posted by tam @ 6:59 AM   0 comments
ayat pemanis muka
DOA INI MUJARAB, SEBAIK BAIKNYA DIBACA SETIAP PAGI JUMA'AT: SEBELUM KELUAR RUMAH. Tak payah nak berabis duit buat facial ataupun botox…… etc….. Tengok aje orang orang dulu atau seniwati –seniwati lama kita yang sentiasa kelihatan manis…… khabarnya dia orang memang pakai doa yang sama…………..Cuma kena rajin menghafal dan baca setiap kali pakai bedak atau keluar rumah………………..

Doa pemanis muka ni lebih afdal lagi kalau dibaca 3 kali sehari sebelum memakai bedak atau a lat 2 solek atau minyak rambut .

Hafal dan tarik nafas dalam dalam dan hembus ……. Lepas itu. Baca kuat-kuat ....... Bagi semua orang dengar.....................

Selamat mencuba..... amalkan lah.. Tak rugi ...!! !!! !!!!!!!

>

>

>

>

>

>

>

>

>

>



" minyak si tuang tuang,



ku tuang dalam kuali,



muka ku macam beruang,



semua orang gerenti lari.



kuang.. kuang..kuang. ."



He…. He….. he……...semoga bertambah manis...

Hahahahahaha. ..

(O_O)
posted by tam @ 6:55 AM   0 comments
masa untuk ketawa...
Seorang polis duduk di simpang jalan menangkap pemandu yang memecut melebihi had laju, seorang pegawai trafik ternampak sebuah kereta yang dipandu tersangat perlahan dianggarkan hanya dipandu 22 batu sejam sahaja.
Maka Polis trafik pun berfikir " Tak boleh jadik niee..lambat dari kura-kura..sangat bahaya bagi pemandu yang lain"

Polis trafik pun menahan dan memeriksa kereta itu dan didapati terdapat 5 orang wanita - dua wanita di depan dan tiga duduk di belakang - mata kesemuanya terbeliak dan mengigil ketakutan yang amat sangat dengan muka pucat macam mayat.

Pemandu wanita sangat hairan dan bertanya " Apa kesalahan saya tuan? saya tidak melebihi had laju.. kenapa ditahan?"

"Makcik" polis trafik menjelaskan " makcik bukan melebihi had laju, tapi memandu lambat daripada had laju jugak boleh menyebabkan kemalangan kepada kereta yang lain"

"lambat dari had laju ?" wanita itu merasa hairan.

"Tuan, saya mengikut dengan tepat kelajuan yang tercatat di papan tanda ..[JALAN AMPANG 22]!" bantah wanita itu dengan marah.

Polis trafik itu tersenyum sindir dan menjelaskan maksud [JALAN AMPANG 22] adalah tanda nama jalan dan bukanya had laju. Dengan perasaan malu, wanita itu mengucapkan timah kasih atas penjelasan itu.

" Tapi sebelum makcik meneruskan perjalanan, saya ada satu pertanyaan... adakah kesemua penumpang di kereta makcik semuanya sihat? nampaknya makcik-makcik yang lain macam mengigil ketakutan dan muka pucat" polis trafik itu bertanya kehairanan

"Oh... jangan bimbang ,mereka semua akan bertenang semula selepas beberapa minit lagi. Kerana kami baru saja menuruni [Jalan Bukit Bintang 309]."

(O_O)
posted by tam @ 6:53 AM   0 comments
Monday, February 9, 2009
Tam & friends --- tips untuk anda mungkin bukan yang terbaik tapi mampu memberikan satu perubahan yang lebih bererti pada anda
Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!
Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!! !

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:

* Rasa hormat pada diri sendiri;
* Rasa hormat kepada orang lain;
* Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
posted by tam @ 6:21 PM   0 comments
Tam & friends- Fallin in love


Tam fallin in love with someone......

(O_O)
posted by tam @ 6:09 PM   0 comments
Saturday, February 7, 2009
McD untuk kalahkan Israel (aku copy dari website lain)


"Kat sini aku nak khabarkan bahawa tindakan boikot kita telah mula menampakkan kesannya pada restoren McD. Adik aku yang kerja kat situ telah mengesahkan yang jualan mereka merundum (walaupun masih boleh bertahan) sejak boikot ini dilancarkan. Walaupun aku mungkin berhadapan dengan masalah adik aku hilang pekerjaan jika McD gulung tikar, tapi aku janji kat diri aku sendiri aku akan tolong dia. Jadi teruskan tindakan boikot ini sebab saudara kita di PALESTIN lebih memerlukan pertolongan kita. INGAT!!!!!!!!!!!! KITA BOLEH MEMBANTU SAUDARA KITA DISANA DENGAN TIDAK PERLU MENGELUARKAN SESENPUN PADA SYARIKAT ZIONIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! "

"Lama juga untuk memikirkan cara-cara yang boleh kita ambil untuk membantu mengalahkan atau sekurangnya melemahkan Israel . Ada yang mencadangkan agar kita boikot barangan Amerika dan barangan Israel kesemuanya tetapi terbukti bahawa senarai barangan tersebut terlampau banyak! Akhirnya, masing-masing berasa susah nak boikot dan rancangan boikot akhirnya gagal dan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Selepas berfikir agak lama, satu kaedah yang menarik dalam melumpuhkan dan merugikan Israel . Mari kita lihat Formula ini dan amalkan bersama!

Kita tolak ke tepi dulu fahaman politik dalam isu ini. Mari kita semua bersama-sama sepakat dalam isu ini agar Israel terasa tempias dan kesannya. Boikot gagal kerana terlalu banyak barangan yang ingin di boikot SECARA SERENTAK.

Untuk mengatasi masalah ini, mari kita semua MEMBOIKOT SATU PRODUK dahulu iaitu McDonald. Kita semua maklum bahawa McDonald ialah syarikat Amerika yang dimiliki oleh tokoh-tokoh Yahudi.

Kesan dari tindakan ini ada 5:

1. McDonald akan mengalami kerugian besar kerana pelanggan - pelanggan Islam akan lari. Kekuatan dan kuasa pelanggan Islam akan terserlah apabila Mc Donald mencatatkan kerugian besar dari tindakan boikot yang dibuat oleh umat Islam.

2. Umat Islam tidak akan begitu tertekan kerana masih ada banyak pilihan lain . Justeru, formula ini tidak begitu membebankan..

3. Sampai ke satu tahap, McDonald terpaksa gulung tikar atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan untuk memulihkan imej. Mungkin McDonald terpaksa membuat sumbangan wang besar-besaran kepada keluarga mangsa-mangsa di Palestin.

4. Kesempatan ini boleh kita gunakan untuk diet. Makanan segera seperti di McDonald memang tak baik untuk kesihatan dan tidak seimbang..

5. Sekiranya dibuat secara terancang, satu demi satu syarikat Amerika dan Yahudi akan dikerjakan oleh umat Islam.

Justeru, saya lancarkan tahun 2009 sebagai tahun memboikot McDonald dan Yahudi...
Jangan di putuskan artikel/e-mail ini. War warkan kepada semua orang walau dengan apa cara sekalipun samada melalui email,blog,forum dan dari mulut ke mulut.

dimulakan oleh
NUR SAKINAH HASSAN (USM)
posted by tam @ 1:20 PM   0 comments
About Me


Name: tam
Home: Gurun, Kedah, Malaysia
About Me: This is me = Tam ( Nothing Special ) (V_V)
See my complete profile

Previous Post
Archives
Links

ShoutMix chat widget
Template by
Blogger Templates
 
 
click here for free hit counter code
free url submission